Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ S.Beauty: Malam Jumaat (Women)

Malam Jumaat (Women)


 Malam Jumaat For Women 
(RM 39.90)
Baca Selanjutnya
 

 
Za’faran
 
Klasifikasi Saintifik
Nama saintifik : saffron crocus
Alam : Tumbuhan
(unranked) : Angiosperms
(unranked) : Monocots
Order : Asparagales
Famili : Iridaceae
Sub Famili : Crocoideae
Genus : Crocus
Spesis : C.Sativus

Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesis crocus dari famili Iridaceae. Bunga C.sativus mempunyai 3 stigma, setiapnya dihujung distal carpel. Stigma ini dikeringkan dan lazimnya digunakapakai untuk masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron, rempah termahal didunia dari segi berat, merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia barat.
Rasa pahit dan bau seakan iodoform ataupun jerami merupakan hasil dari bahan kimia procrocrocin dan safranal. Sejenis pewarna carotenoid, crocin, membuatkan saffron menghasilkan warna kuning keemasan pada makanan dan tekstil. Selain itu, saffron juga mempunyai kelebihan untuk tujuan perubatan.
Perkataan saffron berasal dari perkataan latin safranum yang dipetik dari perkataan lama Perancis, safran yang terdapat pada kurun ke-12. Perkataan latin safranum juga merupakan sumber kepada perkataan Itali zafferano dan Sepanyol azafran. Safranum merupakan perkataan yang dipinjam dari Bahas Parsi lama (za’feran) yang berasal dari perkataan Arab (za’faran), diilhamkan dari perkataan asfar yang bermaksud ‘kuning’.

Kacip Fatimah

Kacip Fatima (Labisa pumilla), ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia yang mempunyai cirri-ciri seakan tongkat ali. Ianya biasa didapati di kawasan bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih. Mempunyai daun sepanjang 20 sentimeter, kacip Fatimah secara tradisionalnya diminum sebagai the oleh wanita untuk meningkatkan fungsi seksual.

Cara penggunaan

Ekstrak dari herba ini biasanya dihancurkan sehingga bertukar ke bentuk serbuk untuk dijadikan pil. Air rebusan akarnya juga biasa diberikan kepada wanita mengandung untuk melancarkan proses melahirkan anak. Wanita juga menggunakannya setelah melahirkan anak untuk menambha tenaga. Selain itu, kacip Fatima juga dipercayai boleh mengubati sakit seperti senggugut, sakit perut dan boleh membantu membuang angin dalam badan.
Di Borneo, secara tradisionalnya kacip Fatimah digunakan untuk kesuburan, mengetatkan otot-otot vagina dan mengelakkan keletihan.

Kegunaan-kegunaan lain:

Menstabilkan kitaran haid wanita
Mengelakkan kekejangan dan senggugut
Mengimbang kembali sistem pembiakan wanita
Mengurangkan keletihan dan memudahkan proses menopaus
Menambah tenaga seksual
Membantu masalah yang berkaitan sembelit
Membersih serta mengelakkan kitaran haid yang menyakitkan
Membantu menyingkirkan angin di dalam badan
Menguatkan dan mengetatkan otot
Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi phytoestrogen, elak dari mengambilnya ketika sedang mengandung ataupun ketika kitaran haid sampai.
Manjakani
Manjakani merupakan sejenis buah yang dituai dari pokok mempening hasil tindakbalas pokok tersebut tehadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Sengatan tebuan ini menghasilkan tindakbalas kimia yang spontan dari pokok untuk menghasilkan buah manjakani. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tannin meninggi dan akan meningkatkan khasiat manjakani. Wanita-wanita di Malaysia menggunakan manjakani untuk mengekalkan kekenyalan dinding uterus setelah bersalin serta beberapa kegunaan lain yan berkaitan dengan penjagaan alat kelamin wanita seperti mengelakkan keputihan, luka-luka selepas bersalin dan juga mencegah kanser.
Halia

Klasifikasi Saintifik

Nama botani : Zingiber officinale Roscoe)
Alam : Tumbuhan
Order : Zingiberales
Famili : Zingiberaceae
Genus : Zingiber
Spesis : officinale

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari China dan diusahakan secara besar-besaran di beberapa negara seperti China, India, Nigeria Australia dan Thailand. Halia atau juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), biasanya digunakan sebgai rempah perasa masakan dalam bentuk halia segar, kering atau bergula. Halia juga mempunyai khasiat-khasiatnya dan dipercayai dapat membantu menhadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Ianya dikatakan dapat mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk. Migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sakit dada.. Selain itu, minyak halia yang telah diekstrak bole dijadikan baha perisa minuman buah-buahan, kosmetik dan ubatan.

Sirih

Klasifikasi Saintifik
Nama botani : Zingiber officinale Roscoe)
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Piperales
Famili : Piperaceae
Genus : Piper
Spesis : Piper betle

Sirih, merujuk kepada daun sirih yang diambil dari pokok sirih, merupakan sejenis tumbuhan yang signifikan di dalam kebudayaan masyarakat Melayu kerana penggunaanya di dalam adat perkahwinan dan juga perubatan tradisional. Selain menjadi salah satu komponen yang penting di dalam istiadat perkahwinan orang Melayu, sirih juga selalunya dimakan bersama gambir untuk merawat penyakit cirit-birit. Ia juga dipercayai dapat membantu menghentikan pengaliran darah akibat luka ataupun pendarahan hidung di mana sirih akan digulung dan kemudiannya disumbatkan ke dalam hidung untk menghentikan pengaliran darah.

Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ