Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ S.Beauty: Malam Jumaat (Men)

Malam Jumaat (Men)


 Malam Jumaat For Men
(RM 39.90)


 

Halia

Klasifikasi Saintifik
Nama botani : Zingiber officinale Roscoe
Alam : Tumbuhan
Order : Zingiberales
Famili : Zingiberaceae
Genus : Zingiber
Spesis : officinale

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari China dan diusahakan secara besar-besaran di beberapa negara seperti China, India, Nigeria Australia dan Thailand. Halia atau juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), biasanya digunakan sebgai rempah perasa masakan dalam bentuk halia segar, kering atau bergula. Halia juga mempunyai khasiat-khasiatnya dan dipercayai dapat membantu menhadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Ianya dikatakan dapat mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk. Migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sakit dada.. Selain itu, minyak halia yang telah diekstrak bole dijadikan baha perisa minuman buah-buahan, kosmetik dan ubatan.


Madu

Madu merupakan sejenis manisan yang dihasilkan oleh beberapa jenis haiwan pendebungaan menggunakan nectar yang diperoleh dari bunga. Madu yang dihasilkan oleh lebah merupakan jenis madu yang plaing lazim digunakan oleh manusia berbanding dengan madu yang dihasilkan oleh serangga-serangga lain seperti rama-rama dan lalat.
Madu digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat setiap hari sejak dari zaman dahulu lagi. Ia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi  seperti glukos dan fruktos yang membolehkannya digunakan untuk masakan serta sebagai pengganti gula atau manisan lain. Sifatnya yang mempunyai tahap kelembapan rendah membuatkan madu bebas dari beberapa jenis mikroorganisma merbahaya.

Kelebihan

• menegmbalikan kekuatan tubuh badan
• membersih dan menambah darah
• membantu pertumbuhan janin dan bayi secara fizikal dan mental
• memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air
• menambah kejelitaan rupa paras dengan melembutkan kulit
• mencegah penyakit-penyakit ibu mengandung
• mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh
• Mengurangkan kesakitan semasa datang haid
• membantu menerangkan pandangan mata
• menambah kelazatan makanan

Tongkat ali

Klasifikasi Saintifik
Nama botani : Eurycoma longifolia
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Sapindales
Famili : Simaroubaceae
Genus : Eurycoma
Spesis : Eurycoma longifolia
Tongkat ali (Eurycoma longifolia) atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanama saka yang tedapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Selain tongkat ali, tumbuhan ini juga dikenali dengan pelbagai nama termasuk tongkat rasul, penawar pahit, paying ali, muntah bumi dan petala bumi. Ianya merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Kegunaan

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, ianya digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti pening kepala, kurap. Disentri, bengkak, antitumor antiradang dan antioksida. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali terbukti boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.
Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam penghasilan pelbagai produk minuman terutamanya kopi dan iaya juga boleh didapatkan di dalam bentuk kapsul.

Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ