Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ S.Beauty: Jus Tok Guru

Jus Tok Guru









Jus Tok Guru (RM 20.00)






Gabungan makanan sunnah yang disebut dalam Al-Quran dan hadis dengan formula terkini. Amat baik untuk kesihatan badan, merangsang dan meningkatkan kemampuan otak terutama untuk kanak-kanak, mencegah rasa mengantuk serta untuk tenaga seharian.
DELIMA
Fiman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99
KISMIS
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

KURMA
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

HABBATUS SAUDA’
Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

ZA’FARAN
Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

MADU
Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

ZAITUN
Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20
Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang disebut di dalam Al- Quran dan Hadith:

Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ