Lobata 500 lessa ( RM 75.00 )
Ia adalah kapsul serbaguna untuk wanita yang sangat berkuasa (powerful) dan sangat berkesan (effective) kerana ia dirumus dengan ramuan 2 herba terbaik untuk wanita iaitu Pueraria Lobata (Ge-gen) dan Radix Angelica Sinensis (Dong Quai).Lobata 500 mempunyai kandungan Pueraria Lobata atau Ge-gen sebanyak 300 mg (iaitu 7.5 kali ganda lebih dari Pueraria Lobata di dalam Gegan Root Plus) dan kandungan ekstrak Dong Quai sebanyak 200 mg.
Kedua-dua herba tersebut telah digunakan sekian lama secara meluas di dalam perubatan tradisional Cina dan Antarabangsa, khusus untuk keperluan kesihatan dan kecantikan badan wanita. Lobata 500 adalah 100% herba semulajadi tanpa tambahan tepung, bahan kimia, pewarna mahupun pengawet. Ia sangat selamat dan dikeluarkan oleh pengilang bertauliah ISO 9001 dan mempunyai status GMP.
KEPENTINGAN ESTROGEN UNTUK WANITA
Estrogen ialah hormon semulajadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel daripada ovari, glan adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan, peranakan termasuk payudara.
Semasa remaja: Estrogen diperlukan oleh badan pada waktu tumbesaran dan keremajaan untuk membina ciri-ciri kewanitaan seperti pembentukan badan dan payudara. Rendahnya penghasilan estrogen pada waktu tumbesaran remaja menyebabkan pembentukan bentuk badan menjadi kurus dan tidak menarik serta payudara yang kecil, leper dan rata.
Untuk wanita dewasa: Pertambahan usia akan memperlahan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah.
Kurangnya estrogen dalam badan juga menjadi punca proses penuaan, kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan dibahagian vagina, atropic vaginitis dan risiko sakit jantung.
Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah dan tekanan.
Estrogen juga amat penting untuk mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Penghasilan estrogen yang tidak menentu juga adalah punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).
Perkara-perkara di atas menunjukkan kepentingan estrogen terhadap sistem badan wanita. Ketidak seimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Kaedah yang selamat, mudah dan berkesan adalah melalui sumber semulajadi, seperti tumbuhan.
Kajian telah membuktikan bahawa phytoestrogen dari tumbuhan adalah agen terbaik untuk menambah dan menggantikan semula estrogen yang hilang dari tubuh wanita. Antara tumbuhan yang mempunyai phytoestrogen untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan estrogen tersebut ialah Pueraria Lobata atau Ge-gen. Phytoestrogen di dalam Pueraria Lobata sangat berguna untuk tujuan di bawah :
* Kompaun aktif dalam Pueraria Lobata dapat bertindak sebagai anti-oksida untuk mengganti kehilangan estrogen asal dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
* Membantu memperbaiki simptom menopaus, mengurangkan kesakitan yang dialami akibat masalah menopaus dan hot flushes, dengan ciri-ciri menyeimbangkan hormonnya. Ia juga menyediakan nutrien untuk mengurangkan kesan perubahan psikologi dan fisikal akibat proses menopous.
* Membantu mendapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, payudara yang lebih tegang, besar dan montok pada gadis-gadis remaja serta menegangkan kulit dan bentuk badan kepada wanita yang telah berumur.
* Membantu mengurangkan vagina atropi, dan kekeringan di bahagian vagina. Ia juga amat baik untuk wanita yang telah membuat pembedahan membuang ovari dan uterus (hysterectomy).
* Membantu mengaktifkan penggantian sel-sel baru pada membran vagina, mendorong penghasilan sel-sel baru, dan mengurangkan kegatalan.
* Kajian epidermiological menunjukkan kanser payudara pada wanita di China dan Jepun adalah 15 kali lebih jarang berlaku apabila dibandingkan wanita-wanita barat. Ini telah dikaitkan dengan pengambilan tumbuhan-tumbuhan di Asia yang banyak terdapat phytoestrogen di dalamnya seperti Lobata atau Ge-gen.
* Isoflavone juga mempunyai ciri-ciri mencegah kanser payudara.