Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ S.Beauty: Corong Bekam Asap Lessa

Corong Bekam Asap Lessa


Corong Bekam Asap (RM 22.00)



Ia adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap. Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah.

Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.

Selain dari mengurangi masalah resdung dan alahan di bahagian wajah, penggunaan corong bekam asap ini juga dapat merawati jerawat, memudarkan parut dan menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.

Pengguna yang mempunyai masalah resdung dan jerawat yang teruk boleh melakukan bekam asap ini seminggu sekali, manakala untuk rawatan kulit normal memadai 1 hingga 2 kali sebulan.

Setiap kali selepas menggunakan corong bekam asap, cuci muka menggunakan SiNose Herbal Face Soap diikuti dengan sapuan SiNose Face Treatment Powder.
FUNGSI

* Membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.
* Merawati jerawat.
* Memudarkan parut.
* Menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.

Selamat Datang ke Saba Beauty! ツ